Monday, June 29, 2009

jerawat

tiap kali je jerawat tumbuh kat muka ni mesti teringat kat afik aku yang laki tu....konon nak jage muka...aduh...bencinye laki cam ni...bukannye maksud diorang tak boleh nak jage muka langsung tapi care die tu buat aku rase meluat smpai sanggup tak nak makan kacang sebab takut jerawat tumbuh...banyak la..ingat kalau makan kacang tu on the spot jerawat akan tumbuh??? mane ade beb melainkan orang yang allergic. contoh terdekat rum8 aku dulu.

jadi kepada pembaca-pembaca setia blog saye ni (cheh bajet macam ramai sangat la tuh huhu) nak tau pasal jerawat ni dengan lebih terperinci saye ainey maryshal dengan banggennye mempersembahkan....jeng jeng jeng

Akne merupakan masalah kulit yang biasanya mengganggu remaja. Kamu mungkin mengenali jenis akne seperti jerawat, bintik hitam atau bintik putih. Ia selalunya dijumpai pada wajah, dada, belakang dan lengan. Akne mungkin membuatkan kamu rasa malu dan mula rendah diri. Biasalah tu! Tapi jangan risau sebab ada cara untuk kamu mengawal akne. Akne merupakan perkara biasa ketika membesar dan ia tak akan kekal selamanya.

mostly people akan fikir akne disebabkan oleh :

  • Makanan manis buat saya berakne. Coklat dan gula-gula tidak menyebabkan akne. Akne disebabkan oleh pori yang bermasalah. Pori ini sebenarnya membuang kulit mati di dalamnya. Kulit-kulit mati ini kemudiannya menyumbat pori. Apabila ia berlaku, bakteria tertentu dalam kulit menyebabkan pori menjadi merah dan pedih dengan memecahkan kotoran dan minyak di dalam pori. Inilah sebabnya kamu mendapat jerawat.
  • Hanya mereka yang muda mendapat akne. Sebenarnya, orang dewasa pun ada akne juga! Tapi cuma orang muda yang lebih mendapat akne kerana perubahan hormon dalam badan mereka. Apabila seorang gadis sedang membesar mereka juga mempunyai sejumlah kecil hormon lelaki yang dibebaskan dalam tubuh mereka. Hormon lelaki ini membuatkan pori mula membebaskan minyak atau sebum. Pada masa yang sama, kamu juga mula ditumbuhi bulu pubik dan bulu di ketiak. Untuk orang dewasa, akne mungkin disebabkan oleh hormon. Selain dari hormon, penggunaan ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan akne pada orang dewasa.
  • Kotoran, minyak dan peluh menyebabkan akne. Tak semestinya begitu. Bahang, peluh dan kotoran akan membuatkan kulit kering dan seterusnya menyebabkan jangkitan. Sekiranya kamu mempunyai akne yang agak sederhana, kotoran dan bahang akan membuatkan ia lebih teruk.
  • Saya boleh mendapat akne dengan memegang wajah rakan saya. Bukan begitu. Kamu tak akan dapat akne, jerawat atau bintik hitam sekiranya kamu menyentuh wajah rakan kamu, melainkan kulit rakan kamu mempunyai jangkitan yang disebabkan bakteria.
tetapi akne disebabkan oleh :

  • pori-pori yang bermasalah
  • perubahan hormon
  • genetik
  • bakteria pada kulit
jenis-jenis akne

Merah yang Marah
Akne seperti ini berwarna kemerah-merahan, sakit dan bengkak. Ia termasuklah jerawat dan bintil.

Jerawat boleh merujuk kepada benjolan merah kecil yang berhujung kuning atau “bermata”. Ia biasanya dijangkiti kuman. Ia boleh disembuhkan dengan ubat yang dibeli di farmasi atau sekiranya terlalu teruk, doktor akan memberi kamu antibiotik.

Bintil apabila teruk akan berubah menjadi akne. Ia membesar, membengkak dan menyakitkan. Lebih teruk, ia membesar dengan cepat. Jangan picit kerana ia akan menyebabkan parut yang dalam. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Silent Heads
Akne jenis ini biasanya leper dan hanya menunjukkan pori besar terbuka. Ia tidaklah sakit tetapi agak menjengkelkan kamu.

Bintik Hitam merupakan sejenis akne di mana plug hitam kotor menyumbat pori terbuka. Plag hitam itu bukannya kotoran tetapi minyak yang menjadi hitam kerana terdedah pada udara.

Bintik Putih terjadi apabila pori tertutup. Kamu hanya boleh melihat benjolan putih kecil pada kulit. Benjolan ini boleh mencair dan mengeluarkan cecair berwarna putih.

untuk penjagaan

  • basuh tangan sekerap yang mungkn sebab kemungkinan kat tangan tu ade banyak bakteria yang mungkn boleh melekat kat muka..better pakai pencuci yang ade anti bakteria
  • jangan selalu sentuh atau menggaru kulit muka..lagi senang la kerka bakteria tu
  • cuci muka dengan pencuci muka yang dijamin kualitinya..lagi satu kalau akne tengah aktif kurangkan cuci guna scrub ye
  • jangan guna pencuci yang kasar atau wangi tetapi yang ade hipoallergenik dan noncomodogenic. tolong check kat ingredients ye before beli.
  • cuci muka sebelum tidor dan yang paling penting jangan tido semasa muka tengah sarat dengan make up.
  • lembapkan kulit dengan moisteriser selepas mencuci untuk buatkan kulit dari kering dan elak dari sebarang cela.
jadi kawan-kawan kalu anda rase muka tu dah sarat sangat dengan jerawat or asyik ade jerawat je try la tips-tips kat atas ni...rugi kalau xtry

5 shout out:

EkiN JohaN said...

weh..aku tuh!!!!!!

~*as*~ said...

salam along,
Salam kenal dari Cik As ya.. thanks for your great info about acne... kdg2 ada gak jerawat singgah kat muka..dah tue2 cenggini.. he..he..

ainey maryshal said...

hehe ur welcome2
xpe benda ni sgt penting utk sume orang especially kite kaum pompan

arifrusli said...

untuk laki gak.
aku x suke ade jerawat hehe.
yang penting,
kene cukup tidur.

ainey maryshal said...

betul-betul